AZAM

Azam adalah satu janji kepada diri sendiri. Ia adalah kompas yang memberi arah kepada hidup kita. Setiap awal tahun, saya selalu menetapkan azam untuk mencapai sesuatu yang bermakna dalam hidup. Kadang-kadang, azam itu tercapai dengan jayanya, namun ada juga yang masih kekal sebagai impian. Dalam coretan ini, saya ingin berkongsi tentang azam-azam yang pernah saya tetapkan, kejayaan yang telah diraih, serta cabaran yang saya hadapi dalam mencapainya.
Azam yang Telah Tercapai

Salah satu azam terbesar yang pernah saya tetapkan adalah untuk menjaga kesihatan diri dan mengamalkan gaya hidup sihat. Beberapa tahun lalu, saya mengalami masalah kesihatan yang membuatkan saya sedar betapa pentingnya menjaga tubuh badan yang Allah kurniakan ini. Saya mula mengambil langkah kecil dengan bersenam secara konsisten dan mengubah cara pemakanan. Selain itu, saya juga mula menggunakan produk kesihatan yang berkualiti, seperti Shaklee, yang banyak membantu saya untuk kekal bertenaga.

Sihat – Azam yang berjaya
Alhamdulilah, hari ini, dengan umur yang telah melebihi setengah abad ini saya kini lebih sihat, bertenaga, dan mempunyai semangat yang tinggi untuk menjalani hari-hari mendatang. Selain itu, saya juga berjaya mempengaruhi ahli keluarga untuk turut sama mengamalkan gaya hidup sihat. Melihat mereka sihat dan ceria adalah kepuasan terbesar bagi saya.
Sejak daripada itu, saya berazam untuk menambah ilmu kesihatan dan berkongsi manfaatnya dengan orang lain. Atas dasar ini, saya menyertai Shaklee sebagai distributor dan aktif membantu orang memperkenalkan kesihatan melalui vitamin Shaklee. Sila klik link ini untuk mengetahui keistimewaan produk Shaklee.
Menunaikan Haji – Azam yang berjaya
Sebagai umat Islam, menunaikan Haji adalah tanggungjawab yang harus dilaksanakan apabila mampu. Dengan itu saya pun berazam untuk meletakkan diri dalam ketogari “MAMPU”. Saya mendaftar haji pada tahun 2008. Sejak dari itu, saya menanti dengan penuh sabar sambil start menyertai kelas-kelas ugama. Masuk tahun ke lapan belum juga dipanggil, saya pun start buat rayuan hampir setiap tahun.

Tahun ke lapan rayuan, barulah kami dapat jemputan menunaikan Haji, Syukur kepada Allah SWT. Maka tahun 2024 bulan Jun, berangkat lah kami ke Mekah Mukaramah. Hanya insan-insan yang dapat pergi menunaikan Haji sahaja yang benar-benar faham perasaan apabila dapat melaksanakan rukun Islam ke 5. Terima Kasih Ya Allah.
Dan ada satu menda yang sangat tak dijangka, adalah bertemu sahabat di Mekah, Master Norita Idris. Masa di negara sendiri di Malaysia tidak berjumpa, sebab sahabat saya ini tinggal di Terengganu. Kami bertemu setelah kami selesai mengerjakan haji dan Master Norita dan keluarga datang mengerjakan umrah. Saya ada share pengalaman Haji saya di link ini.

Azam yang Masih Belum Tercapai
Namun, tidak semua yang saya cit-citakan berjaya dicapai sepenuhnya. Salah satu azam yang masih menjadi cabaran adalah untuk mengembangkan perniagaan saya ke tahap yang lebih tinggi. Saya telah mencuba pelbagai cara, termasuk melaburkan ribuan ringgit untuk iklan di media sosial, namun hasilnya belum seperti yang saya harapkan.
Saya juga berazam untuk memahami bahasa dalam Al Quran. Dan sekarang saya sedang mempelajari bahasa Al Quran. Say menggunakan kaedah yang terkini dengan teknilogi AI, ianya menyeronokkan. Semoga saya berjaya memahami apa yang saya baca dalam solat-solat saya, Aamiin. Nak tahu lebih lagi tentang belajar bahasa Al Quran, sila klik link ini.
Selain itu, cita-cita saya adalah untuk membina sebuah komuniti yang besar dan aktif untuk berkongsi tentang kesihatan melalui pemakanan vitamin. Dan juga berkongsi ilmu kerohanian. Saya membayangkan komuniti ini akan memberi inspirasi di mana ramai yang berkongsi ilmu dan motivasi. Namun, realitinya hanya segelintir yang menyertai usaha ini, membuatkan saya merasa kecewa. Walaupun begitu, saya sedar bahawa usaha ini memerlukan lebih banyak kesabaran dan strategi yang lebih baik.
Pelajaran dari Azam
Perjalanan mencapai azam mengajar saya banyak perkara.
- Saya belajar bahawa kejayaan memerlukan usaha yang konsisten. Tidak semua perkara akan berjalan lancar seperti yang dirancang.
- Saya sedar bahawa kegagalan bukan bermaksud kita perlu berhenti. Sebaliknya, ia adalah peluang untuk belajar dan mencuba pendekatan yang berbeza.
- Kegagalan mungkin saya tidak cukup berusaha dan tidak fokus.
Saya juga menyedari pentingnya bersyukur atas pencapaian kecil. Kadang-kadang, kita terlalu fokus pada apa yang belum kita capai sehingga lupa untuk menghargai sejauh mana kita telah melangkah. Setiap langkah kecil ke arah azam kita adalah satu kemenangan yang patut diraikan.
Azam untuk Masa Depan
Melangkah ke tahun baru, saya menetapkan azam untuk lebih fokus pada strategi perniagaan dan membina hubungan yang lebih baik dengan pelanggan. Saya juga ingin memperbaiki diri dalam aspek hubungan sosial, terutama dalam membina persahabatan yang bermakna. Selain itu, saya berazam untuk terus berkongsi inspirasi melalui platform media social dan group whatsapps dengan komuniti kecil yang ada.
Akhir sekali, saya percaya bahawa azam adalah lebih daripada sekadar janji; ia adalah perjalanan untuk menjadi versi terbaik diri kita. Setiap langkah, sama ada besar atau kecil, membawa kita lebih dekat kepada matlamat kita. Saya berharap, dengan izin Allah, saya akan terus melangkah maju dan mencapai azam yang telah saya tetapkan.
Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk mencapai azam masing-masing dan menjadi individu yang lebih baik setiap hari. Amin.
Seandainya anda berminat dengan program kesihatan dan program belajar bahasa Al Quran yang saya amalkan, hubungi saya di nombor yang boleh whatsapps 0123134457, atau anda boleh klik icon whatsapps yang ada di sebelah kiri paparan ini.
Pengedar Shaklee Sg. Buloh. Pengedar Shaklee Selangor. Call & wasap 6012 313 4457